Wednesday, January 9, 2008

Ahlan HIjrah 1429


Akhiri tahun 1428 Hijrah ini dengan doa selepas Asar sebanyak 3 kali:

"Segala puji, segala puja, hanya untukmu Ya Rabbal Alamin. Salam kasih serta salawat sanjungan untuk Rasulullah serta ahli keluarganya dan sekalian sahabatnya yang mulia.

Ya Allah ,andainya pada tahun ini, hamba-Mu telah melakukan perkara yang Engkau tegah, tetapi hamba-Mu ini masih belum bertaubat, sedangkan Engkau tidak melupai dan tidak meredhanya, bahkan Engkau Ya Allah, merahmati hamba-Mu ini dengan kelembutan dan kasih sayang-Mu dan tidak menimpakan azab ke atas hamba-Mu ini, serta masih menjemput hamba-Mu untuk bertaubat kepada Mu Ya Allah, walaupun hamba-Mu bertindak jahat terhadap-Mu, maka demi kasih-Mu, demi rahmat-Mu Ya Allah, hambamu bermohon ampun seluhur jiwa, "Ampunkanlah Daku Segalanya".

Ya Allah, andainya pada tahun ini, hamba-Mu ini telah melaksanakan perintah-Mu, yang selari dengan keredhaan-Mu dan Engkau janjikan balasan pahala kepada hamba-Mu ini Ya Allah, maka sudikanlah Ya Rabb, terimalah amalan hamba-Mu ini dengan sempurnanya.

Ya Allah aku bermohon di bawah zat keagongan-Mu. Ya Rabb, janganlah engkau hampakan karapanku - untuk berlindung di bawah lembayung Rahmah-Mu dan Hidayah-Mu Ya Karim.

Mulakan awal tahun 1429 Hijrah, dengan doa ini sebanyak 3 kali selepas maghrib 1 Muharam:

Segala puji, Segala Puja, Hanya Untukmu Ya Allah Ya Rabbal Alamin. Salam kasih serta salawat sanjungan untuk Rasulullah serta ahli keluarganya dan sekalian sahabat yang mulia.

Ya Allah Ya Rabbal Alamin, Engkaulah zat yang kekal dan zat yang abadi dan zat-Mu tiada permulaan serta azali hakikatnya.

Kelebihanmu Ya Allah adalah dalam keagungan-Mu dan kemurahan-Mu Ya Allah adalah dalam kekayaan-Mu. Ya Allah Ya Rahim.

Kini tibalah Tahun Baru kepada hamba-Mu, daku bermohon agar sepanjang tahun ini Engkau selamatkan aku dan lindunglah aku dari kejahatan dan tipu muslihat syaitan dan segala pembantu dan bala tenteranya.

Ya Allah, Ya Halim, bantulah hamba-Mu untuk melumpuhkan runtunan dan pujukan nafsu amarah yang mengajak hambamu kepada kejahatan.


Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu Ya Rabb, sudikanlah Ya Allah, Engkau tumbuhkan dan suburkan rasa dan keinginan untuk menunaikan amal bakti mulia, yang membawa hamba-Mu mendampingi-Mu Ya Allah Ya Rabbal Alamin.

Tuesday, December 18, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA




KORBAN: LAMBANG TAQWA, PRIHATIN




ZULHIJJAH adalah bulan penuh berkat buat semua umat Islam kerana dalamnya bergabung dua ibadat agung iaitu haji dan korban. Kedua-dua ibadat ini mengimbau sejarah agung yang memaparkan ketaatan dan kesabaran bapa, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail mentaati perintah Allah swt. Ketakwaan Ibrahim dan puteranya yang hebat kepada Ilahi melebihi batas kasih sayang kepada insan yang paling disayanginya.




Selain menjadi bulan yang menyaksikan perhimpunan terbesar umat manusia di Mekah dan Madinah, istimewanya pada perayaan Aidiladha adalah ibadat korban. Dalam praktik kepercayaan dan keagamaan, korban bukan hanya dilakukan oleh umat Islam sahaja. Namun, ada bezanya korban dalam ruang lingkup Islam. Korban dalam Islam bukan memohon perlindungan semata-mata daripada ancaman mala petaka atau sebagai amalan menolak bala.



Korban dalam Islam adalah ibadat ikhlas sebagai lambang pengorbanan hamba kepada Allah.


Korban berasal daripada perkataan "qoruba" yang bermakna dekat. Korban adalah ibadat dalam bentuk pendidikan dan mendekatkan diri kepada Allah yang menjadi manifestasi rasa syukur kepada Allah atas limpahan nikmatnya.Allah berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya kami memberikan kepadamu nikmat yang banyak, maka dirikanlah solat dan berkorbanlah." (surah al-Kauthar, ayat 1-2). Rasululullah s.a.w pula bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang mempunyai kemampuan tetapi tidak berkorban, maka janganlah ia menghampiri tempat solat kami" (hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah, daripada Abu Hurairah).




Tujuan korban adalah semata-mata untuk mengagungkan syariat Allah dan merebut peluang mencapai ketakwaan di sisi-Nya. Setiap Muslim, sangat dituntut (sunat muakkad) melakukan ibadat korban, memadai menyembelih seekor kambing bagi diri dan keluarganya. Bagi golongan yang kaya, Imam Abu Hanifah menghukumkan "wajib" untuk melakukan ibadat korban.



Jika kita mampu secara fizikal, disunatkan kita menyembelih sendiri binatang korban itu.


Jika tidak mampu, disebabkan uzur atau sebab lainnya, hendaklah kita menyaksikan binatang korban ketika disembelih. Sabda baginda yang bermaksud, " Pergilah engkau melihat binatang korban! Sesungguhnya titis darahnya yang pertama itu Allah akan ampunkan dosa-dosamu yang terdahulu. lalu Fatimah (anaknya) bertanya, Ini untuk ahlul bait saja atau untuk semua orang Islam? Rasulullah saw menjawab: bahkan untuk kita dan semua orang Islam." (hadis riwayat al-Hakim). Justeru ibadat korban itu sangat dituntut kerana besar manfaatnya kepada orang yang berkorban.




Prof Dr Syed Fathullah Said, pakar dalam bidang tafsir di Universiti Al-Azhar menegaskan bahawa hikmah ibadat korban ialah untuk menegakkan syiar agama berasaskan pengorbanan. Agama ditegakkan dengan pengorbanan. Menumpahkan darah binatang adalah simbolik kepada pengorbanan yang dilakukan.




Semoga semangat berkorban menjalar dalam diri kita semua untuk memartabatkan Islam dalam kehidupan kita dan menyebarkan mesej tentang semangat kasih-sayang dan perkongsian luhur sesama Islam atas nama Allah swt .




SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA!


*catatan ini disesuaikan dari makalah "Korban: Lambang taqwa, prihatin golongan miskin" oleh Siti Marhamah Abdul Wahid (AJK Wanita Jamaah Islam Malaysia) dalam Tinta Ramadhan, terbitan Pusat Islam Universiti Sains Malaysia, Persatuan Mahasiswa Islam USM dan BPPK, USM.

Wednesday, November 14, 2007

HAPPY BIRTHDAY BRIAN!!!

WE WISH U A MERRY CHRISTMAS...WE WISH U A MERRY CHRISTMAS...WHOPSSS!!! SALAH LA KAWAN-KAWAN...WE WISH U A HAPPY BIRTHDAY, WE WISH U A HAPPY BIRTHDAY ...TO DEARIE UNCLE BRIAN!!! (TU DIAH ANAK MAT SALLEH DARI SAO PAOLO KA? OPS)

UNCLE...WE WOULD LIKE U TO HAVE THESE CUP CAKES ...

AND ALSO THIS CAKE...WE KNOW U LIKE SEAFOOD...



BUT U WOULD RATHER LIKE REAL SEAFOOD UH? SO LET'S STEAMBOAT TIME!
...
HAPPY BIRTHDAY TO MY DEAR BRO, BRIAN...MAY ALL YOUR DREAMS & WISHES COME TRUE...HAPPY BIRTHDAY!!!

















Wednesday, October 10, 2007

cuti-cuti raya



Ya...sempena hari raya yang bakal tiba, blog ini pun nak ikut balik bercuti ke kampung sama, hehe! Macam lah aktif sangat update kannnnn!

Sampai ketemu lagi ....selamat bercuti pada semua!!!

Ayie akan berlibur di Alor Star Kedah dari 11 Oktober sehingga 21 Oktober 2007.

Jaga diri...

Menyambutmu AidilFitri



Salam lebaran buat semua pengunjung blog sunyi ini. Semoga lebaran yang datang tika ini dapat membibit keinsafan dan mengangkat fitrah diri agar lebih suci. Maaf zahir batin.

MENYAMBUTMU AIDIL FITRI

Hari ini hari kemenangan
pada perjuangan membatas semua kemahuan
pada membatas kehendak yang tidak terhenti
pada membatas kemahuan yang tidak usai
pada membatas kehendak yang tidak bersempadan.

Sebulan lamanya mengajar diri
mengenal di mana hakikat manusiawi
yang mana letaknya peranan dan kawalan
yang mana letaknya amanah dan tanggungjawab.

Sebulan lamanya mengajar diri
mengenal sejauh mana kukuh peribadi
melihat sejauh mana gelora diri
dalam mengekang limpahan kemahuan yang tak pernah tuntas.

Kini,
seharusnya fitrah kita kembali suci
sesuci diri menguak rahim ibu
mengangkat sebuah amanah
memartabat sebuah hasanah
dalam pasrah kalimah Allah.

Aidilfitri ini seperlunya
kandil dalam pekat gelita perjalanan diri
menyuluh, mengarah dan memandu
menuju alam abadi.

- ayiepenang, aras 16, gambier avenue, 29 ramadhan 1428 Hijrah-



*terima kasih pada Zam yang merekabentuk kad ucapan ini.

Thursday, October 4, 2007

Selamat Hari Lahir ZAM ~ 5 Oktober~

SELAMAT HARI LAHIR PADA ZAM@KASTURI... welcome October's bro, ahaks!!!
Ramai yang akan sambut birthday pada bulan neh, so sebagai Abg Long yang dah tua kan, Zam mendahului nampaknya! Jangan mare!!!

Semoga segala impianmu menjadi kenyataan dan semoga hari-hari mendatang menyerlah jauh dari yang biasa!!!

Happy Birthday Zam!!! Happy many returns!!!

Wednesday, September 12, 2007

Salam Ramadan 1428 Hijrah/2007


BERSIMPUH DI SEJADAH RAMADAN



segala angkuh jadi luluh


mohon sungguh-sungguh


tunjukkanku gerbang malam qadar-Mu


yang menghantarku ke ruang maghfirah


dalam khusyuk menghulur hati


mencuba mematah bilah-bilah kejahilan


dengan sepotong hidayah


yang Kau kurniakan.



tunjukkanku gerbang malam


qadar-Mu, Tuhan


nilaiannya tiada tandingan.



© Hani Hamsyari. Mingguan Malaysia. Oktober 2006.